JOHOR BAHRU: Empat suspek pertama kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Tempoh tahanan reman masing-masing dua suspek lelaki dan dua suspek wanita berusia antara 28 hingga 55 tahun selama empat hari itu tamat hari ini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, mengesahkan tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat suspek terbabit tidak disambung.
“Reman tidak disambung, Terima kasih,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dilaporkan berkata, empat suspek berkenaan akan diberikan jaminan polis sekiranya tiada keperluan untuk disambung reman.
“Untuk empat tangkapan yang direman sehingga esok (hari ini), sekiranya tiada keperluan kita akan beri jamin polis, tetapi tertakluk kepada perkembangan semasa siasatan yang dijalankan,” katanya.
Pada 20 Julai lalu, Albertine Leo disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam ketika berada di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri di sini.
Susulan kehilangan kanak-kanak itu, polis menahan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita di sekitar Gelang Patah kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu bagi membantu siasatan.
Laporan orang hilang yang dibuat kemudian diklasifikasikan semula kepada kes penculikan sebelum seorang lagi suspek wanita ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam, Selasa lalu.
Empat suspek daripada keseluruhan lima suspek yang ditahan berhubung kes itu kemudian dibenarkan ditahan reman empat hari bermula Selasa lalu hingga hari ini.
Suspek kelima yang ditahan jam 4.45 pagi pada Selasa lalu di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor bersama dengan mangsa pula kini masih dalam tahanan reman sehingga Isnin ini.
BHonline-
I loved as much as you will receive carried out right here The sketch is attractive your authored material stylish nonetheless you command get got an impatience over that you wish be delivering the following unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike
Somebody essentially lend a hand to make significantly posts I might state That is the very first time I frequented your web page and up to now I surprised with the research you made to create this particular put up amazing Excellent job