• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ucap Tahniah Kepada Keir Starmer

oleh Mohd Arshad
05/07/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Anwar Ucap Tahniah Kepada Keir Starmer
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah di atas kemenangan besar Parti Buruh yang dipimpin Keir Starmer, 61, selepas berjaya memperoleh lebih dari 326 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum United Kingdom (UK) baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Anwar berkata, kerjasama antara Malaysia dan Britain telah dipupuk menerusi hubungan yang terjalin erat sejak sekian lama.

Menurutnya, penyertaan Britain dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) berupaya memperluaskan rangkaian kerjasama ekonomi serta meningkatkan kestabilan serantau.

“Perjanjian Pertahanan Lima Negara berfungsi sebagai asas untuk keselamatan bersama di samping meningkatkan kestabilan serantau dan memupuk kerjasama pertahanan yang lebih rapat.

“Saya harap dapat bekerjasama dengan Starmer dalam membangunkan hubungan strategik baharu berdasarkan keterangkuman, kesaksamaan dan visi yang sama untuk masa depan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Parti Buruh UK memenangi 363 kerusi sebaik sahaja 527 daripada 650 kawasan telah mengumumkan keputusan dan Starmer bakal menggantikan Rishi Sunak sebagai perdana menteri baharu berdasarkan majoriti undian tersebut.

Difahamkan, Sunak akan menyampaikan ucapan perpisahan di Downing Street sebelum menghadap Raja Charles III secara rasmi untuk meletak jawatan.

Jutaan pengundi di seluruh UK telah melaksanakan tanggungjawab memilih 650 ahli Parlimen (MP) ke Dewan Rakyat.

Parti Konservatif iaitu entiti berhaluan kanan telah memerintah negara terbabit sejak 2010 selepas memenangi pilihan raya umum pada 2015, 2017 dan 2019.

-Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimKeir Starmer
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd