• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800

oleh AK-47
16/06/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT : Wanita warga Vietnam didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan dan menyalah guna pas lawatan sosial.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Thi Bich Vu, 37, yang juga ibu kepada seorang anak mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun kerana mencari langganan untuk tujuan pelacuran di sebuah hotel di Jalan Maju, di sini, jam 10.25 malam, 4 Jun lalu.

Pertuduhan kedua pula, dia didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39 (b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan.

Menurut fakta kes, polis menjalankan serbuan ke atas sebuah hotel dan mendapati tertuduh berada dalam sebuah bilik.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan yang digunakan untuk tujuan aktiviti tidak bermoral itu.

Hasil pemeriksaan polis mendapati tertuduh juga menyalah guna pas lawatan sosial untuk tujuan sama.

-Berita Harian

Tags: persundalanwanita Vietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Antara 6 Warga Bangladesh Ditahan Terbabit Aktiviti Persundalan Di Kebun

Dua Wanita Antara 6 Warga Bangladesh Ditahan Terbabit Aktiviti Persundalan Di Kebun

08/08/2025
0

IPOH: Dua wanita antara enam warga Bangladesh ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran yang dijalankan di kawasan kebun...

Polis Serbu 2 Apartmen, Tahan Wanita Vietnam Bersama Dadah RM4.9 Juta

Polis Serbu 2 Apartmen, Tahan Wanita Vietnam Bersama Dadah RM4.9 Juta

03/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Sindiket pengedaran dadah didalangi wanita warga Vietnam tumpas hasil serbuan di dua unit kediaman di apartmen berpagar dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd