• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Direman Bagi Siasatan Kematian Anak Angkat

oleh Mohd Arshad
11/06/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Suami Isteri Direman Bagi Siasatan Kematian Anak Angkat
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Ibu bapa angkat kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mati akibat didera dalam kejadian di Taman Malkop, Silibin, di sini, semalam direman selama enam hari bermula hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah reman ke atas suami isteri berusia 66 dan 27 tahun itu dibenarkan oleh Majistret S Punitha untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan yang berpakaian kasual dibawa masuk ke mahkamah dengan diiringi anggota polis kira-kira 12 tengah hari.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan penahanan pasangan itu kira-kira 2.30 petang semalam susulan kematian mangsa.

Terdahulu, mangsa dibawa ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, kira-kira 9.45 pagi semalam untuk menjalani rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Pemeriksaan ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan dan disyaki pernah dipukul menggunakan objek tumpul.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematiannya disebabkan’ multiple blunt injuries’ (kecederaan disebabkan berbilang objek tumpul) serta terdapat juga luka dan lebam pada salur peranakan luar (vagina) dan dubur mangsa.

-Harian Metro

Tags: kes bunuhremanSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd