• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker DUN Kelantan Umum Kerusi DUN Nenggiri Dikosongkan

oleh Mohd Arshad
19/06/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Speaker DUN Kelantan Umum Kerusi DUN Nenggiri Dikosongkan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan bermula hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara berkenaan diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan BERSATU pada 12 Jun lalu, yang memaklumkan hilang keahlian BERSATU dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

“Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi.

“Maka dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan,” katanya.

Ia sekali gus merungkai perkembangan isu kerusi DUN berkenaan selepas Mohd Azizi, ADUN BERSATU yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini mengikrar sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media sebelum ini melaporkan, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN BERSATU sudah digugurkan keahliannya serta-merta.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari.

Ia selepas mereka gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

-Berita Harian

Tags: DUN NenggiriSpeaker DUN Kelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedai Emas Dirompak Rugi RM3.2 Juta

Next Post

Perut Bumi Sarawak Ada Emas, Galian Mineral Bernilai RM1.25 Trilion

Related Posts

BN Tawan Semula DUN Nenggiri Dengan Kemenangan Besar

BN Tawan Semula DUN Nenggiri Dengan Kemenangan Besar

18/08/2024
0

GUA MUSANG : Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan secara rasmi menang Pilihan Raya Kecil (PRK)...

BN Yakin Dapat Rampas Kembali Nenggiri – Zahid Hamidi

BN Yakin Dapat Rampas Kembali Nenggiri – Zahid Hamidi

03/08/2024
0

GUA MUSANG : Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, pada Pilihan Raya Kecil...

Next Post
Perut Bumi Sarawak Ada Emas, Galian Mineral Bernilai RM1.25 Trilion

Perut Bumi Sarawak Ada Emas, Galian Mineral Bernilai RM1.25 Trilion

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd