Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Murid Islam Diarah Rai...

BIADAB... Ramai kesal apabila pihak pengurusan sebuah sekolah di Cyberjaya, Selangor buat acara...

Bertemu Artis Kesayangan Sehari...

GAGE Garmo adalah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menderita barah tulang dan ketika dia diberitahu oleh doktor hanya mempunyai waktu kurang dari seminggu untuk hidup, dia memberitahu teman dan keluarganya bahawa keinginan terakhirnya adalah bertemu Rapper terkenal, Eminem yang diminatinya.

Dron Pantau Jerung Di...

SYDNEY - Dron akan digunakan untuk memantau kawasan pantai peranginan popular di timur...

Presma Cadang Tubuh Petugas...

SEREMBAN - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) bercadang mewujudkan pasukan petugas dalam...

Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Disambung Enam Hari – Polis

Kuala Lumpur : Polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu akan direman enam hari sehingga 13 Jun ini.

“Ya, reman adalah untuk kita (polis) meneruskan siasatan,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan.

Peguam mewakili pasangan itu, Fahmi Abd Moin berkata, perintah reman baharu tersebut dikeluarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal.

Sebelum prosiding sambung reman pasangan itu dilakukan, berlaku kekecohan apabila ada individu yang menjerit mengatakan ‘Ini adalah fitnah’, selain ‘Isma, Zaim be Strong’.


Pasangan itu dibawa ke mahkamah pada 9.30 pagi selepas tempoh reman tujuh hari terhadap pasangan itu tamat hari ini.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam pada 31 Mei lalu.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya selepas dilaporkan hilang.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori