• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Umum Calon Minggu Depan

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Umum Calon Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, akan diumumkan minggu depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau akan meminta Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk menetapkan tarikh sesuai bagi membuat pengumuman berkenaan.

“(Soal calon) yang itu kita dah senaraikan dan kita ambil calon yang layak, ramai yang layak dan insya-Allah kita umum pada minggu depan.

“(Mengenai) tarikh, saya minta Timbalan Presiden (PKR), Rafizi Ramli untuk umum, tengok tarikh yang sesuai minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 5 Julai.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK DUN Sungai Bakap adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 yang dikemas kini sehingga 24 Mei lalu.

-Berita Harian

Tags: Calonkerajaan perpaduanPRK Sungai Bakap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘The moment’ Parlimen Bubar, BN Tidak Lagi Bersama Kerajaan Perpaduan – Zahid

‘The moment’ Parlimen Bubar, BN Tidak Lagi Bersama Kerajaan Perpaduan – Zahid

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, BN tidak lagi bersama dengan Kerajaan Perpaduan...

BN Kini Ada Alasan Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan – Azrul Abu Hasan

BN Kini Ada Alasan Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan – Azrul Abu Hasan

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) kini mempunyai sebab untuk mempertimbangkan penarikan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan membabitkan kemelut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd