• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Belum Fail Petisyen PRK KKB – SPR

oleh Mohd Arshad
06/06/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PN Belum Fail Petisyen PRK KKB – SPR
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Perikatan Nasional (PN) belum mengemukakan sebarang petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata pihaknya tidak menerima sebarang petisyen selepas kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao.

“Setakat ini belum ada,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada pihaknya ada menerima petisyen daripada gabungan parti itu.

Sebelum ini, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya sedang mengumpulkan fakta dan bukti salah laku dalam PRK berkenaan sebelum mengemukakan petisyen itu kepada SPR.

Azmin yang juga Pengarah PRK Kuala Kubu Bharu PN berkata, pihaknya turut meletakkan satu tempoh sebelum petisyen itu dihantar namun semuanya tertakluk kepada pengumpulan bukti berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya PH memenangi DUN Kuala Kubu Baharu.

PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei lalu menyaksikan PH mempertahankan kerusinya selepas calonnya Pang Sock Tao, menang dengan majoriti 3,869 undi.

Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memperoleh 14,000 undi, menewaskan pencabarnya daripada PN, Khairul Azhari Saut yang meraih 10,131 undi; calon BEBAS, Nyau Ke Xin (188 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin (152 undi).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persempadanan semula Sarawak, Azmi berkata ketika ini hal itu belum dibincangkan.

“Saya tidak mahu komen, setakat ini SPR belum berbincang lagi,” katanya.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini memaklumkan akan menghantar cadangan berkenaan parameter kawasan persempadanan semula bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kepada SPR.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, kawasan yang terlibat wajar membabitkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar.

-Berita Harian

Tags: PNPRK KKBSPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Mangsa Tragedi Double Six Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Next Post

Polis Akan Mohon Sambung Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan

Related Posts

‘Isu Babi Boleh Alih Sokongan Pengundi Kepada PN’ – Hamzah

‘Isu Babi Boleh Alih Sokongan Pengundi Kepada PN’ – Hamzah

24/04/2025
4

TAPAH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan isu penternakan babi boleh mendorong pengundi...

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

Next Post
Polis Akan Mohon Sambung Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan

Polis Akan Mohon Sambung Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd