• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM: Golongan Maha Kaya Perlu Dipertanggungjawabkan

oleh AK-47
11/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM: Golongan Maha Kaya Perlu Dipertanggungjawabkan
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa di bawah pentadbirannya, golongan “maha kaya” yang selama ini menjadi terlalu berkuasa untuk dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka tidak lagi akan sedemikian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Anwar Ibrahim, orang kaya mempunyai kewajipan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat kerana status mereka dicapai dengan bantuan orang lain.

“Anda untung bukan (kerana) anda saja, kepintaran dan pelaburan anda saja. Anda kena ingat tukang masak, tukang cuci semua ada peranan. Bagi pulangan sikit kepada mereka, bela nasib mereka sikit,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan, ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementeriannya di Putrajaya pagi ini.

Perdana menteri kemudiannya menyorot cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam apabila berhadapan dengan individu kaya yang mempunyai hubungan dengan orang yang berkuasa.

“Jutawan bayar cukai sikit, kerana dia terlalu berkuasa untuk kita singgung.

“Dulu saya pergi LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), 25 tahun lalu saya sebut di media, jutawan paling sukar bayar cukai.

“Dia punya kenalan orang tinggi (atasan) ada, akses langsung dengan orang besar. Kalau ketua pengarah (LHDN) lebih. dia pun kena,” kata Anwar.

Justeru, Anwar berjanji akan mempertahankan penjawat awam yang mengambil tindakan terhadap golongan kaya.

“Saya akan bela setiap penjawat awam, akan pertahanka mereka selagi mereka jalankan tugas yang baik. Saya takkan ikut tekanan puak penyakau ini.

“Sudah satu setengah tahun jadi PM, tak pernah saya kata jangan ambil tindakan atas mereka (orang kaya). Paling pun saya minta mereka teliti semula untuk lihat jika adil atau tidak. Itu saja,” katanya.

Antara tokoh terkenal dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, yang menghadapi pertuduhan jenayah kerana didakwa gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan hartanya.

Anak-anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Mokhzani dan Mirzan juga diberikan notis daripada SPRM yang memerlukan mereka mengisytiharkan semua aset dalam milikan mereka.

-Malaysia Kini

Tags: Maha Kayapm
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd