Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

KFA Perlu RM27 Juta...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memerlukan sebanyak RM27 juta bagi...

2 Nelayan Dikhuatiri Lemas,...

JOHOR BAHRU - Dua nelayan dikhuatiri lemas setelah bot yang masing-masing dinaiki mereka...

Wanita Warga Emas, Cucu...

SANDAKAN - Seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya cedera selepas dilanggar...

BTN Serah 15,000 Jalur...

KOTA KINABALU – Biro Tatanegara (BTN) Sabah menyerahkan kira-kira 15,000 Jalur Gemilang kepada...

MPT Bersatu Putus Muhyiddin Kekal Sebagai Presiden – Hamzah

SHAH ALAM – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara memutuskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden parti bagi pemilihan akan datang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat bagi mematuhi ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas Bersatu pada 25 November tahun lalu.

“Bersatu juga kekal mengikut perlembagaan parti bagi pertandingan untuk jawatan-jawatan lain, dengan calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan Oktober ini perlu memohon kepada MPT selari dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan Bersatu.

“Pada masa yang sama, mesyuarat turut membincangkan banyak perkara melibatkan situasi terkini ekonomi negara, beban kos sara hidup rakyat yang tiada penyelesaian, isu penyasaran subsidi bahan api oleh kerajaan serta senario semasa politik negara yang meresahkan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan terdapat desas desus mengatakan ada pihak bercita-cita untuk mengambil alih jawatan utama Bersatu daripada Muhyiddin.


Terdapat kem pemimpin tertentu didakwa cuba mengambil kesempatan daripada proses pemilihan Bersatu untuk memposisikan diri sebagai Presiden, sekali gus meningkatkan potensi terpilih sebagai calon Perdana Menteri mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dalam pada itu, ujar beliau, status tujuh wakil rakyat Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kerajaan telah diputuskan dan MPT parti telah mengarahkan Setiausaha Agungnya untuk membuat tindakan susulan.

“Parti turut melantik Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Labuan, Abdullah Omar Bledram sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Putrajaya dan Ketua Bahagian (Penaja) Labuan yang baharu,” ujarnya.

Menurut Hamzah, mesyuarat turut memutuskan tarikh-tarikh persidangan Bersatu iaitu persidangan cawangan pada 20 Julai hingga 31 Ogos tahun ini, bahagian (12 hingga 26 Oktober), Perhimpunan Agung Sayap Bersekutu dan Srikandi Muda (28 November) serta Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (30 November hingga 1 Disember).

-Sinar Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori