Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Pembayaran Peringkat Akhir BR1M...

PUTRAJAYA - Pembayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadual pada...

Lelaki Islam Buktikan Islamphobia...

MILAN - Seorang penuntut Muslim, Hamdy Mahisen menunjukkan bahawa Islamophobia terus wujud di...

Kami Sudah Beri Yang...

HANOI - “Kami sudah berikan yang terbaik,” itu yang diungkapkan pemain pertahanan negara,...

Afiq Muiz Akui Doa...

PASTINYA masih ramai yang ingat akan konflik yang melibatkan pelakon Afiq Muiz, 22,...

Malaysia Pilihan Tor Dan Tonje

DALAM kalangan 10 negara ASEAN di Asia Tenggara, Malaysia menjadi destinasi utama pasangan pelancong dari Norway iaitu Tor Arne Fallingen dan Tonje M Bugge bercuti sambil menikmati cuaca yang hangat serta santai di sini.

Buktinya, sejak hampir 20 tahun lalu, pasangan yang kini menetap di Oslo itu telah lebih lima kali berkunjung ke Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak kerana tidak puas menikmati tarikan-tarikan pelancongan yang ada di negara ini.

CD kumpulan Be Persecuted, Nocturnal Breed, Elite dan Chortoryi antara album yang dipromosikan oleh Tor semasa melancong ke sini.

Menurut Tor, pelbagai jenis makanan tradisi masyarakat tempatan yang kena dengan selera tekaknya antara faktor tarikan yang telah menambat hatinya untuk sering kali berkunjung ke negara ini tanpa sedikit pun rasa jemu.

“Saya suka makan makanan Cina, Dim Sum sewaktu bersarapan pagi di sebuah restoran di Jalan Petaling, Kuala Lumpur yang berhampiran hotel penginapan kami setiap kali berada di sini. Selain itu, saya juga amat menggemari rendang ayam, daging dan juga satay Melayu.

“Malah, pelbagai jenis makanan jalanan atau ‘street food’ yang dijual di pasar-pasar malam turut menarik perhatian saya,” katanya kepada Mynewshub sewaktu ditemui bersama pasangannya itu di lobi hotel penginapan mereka berdekatan Pasar Seni, di sini baru-baru ini.

Tor dan Tonje ketika ditemui itu sedang dalam rangka percutian mereka di sini dari 15 Mac hingga 16 April lalu meliputi beberapa buah tempat menarik di sekitar Petaling Jaya (PJ), Kuala Lumpur (KL), Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Melaka.

KEINDAHAN pasir yang memutih, air jernih dan bayu yang bertiup nyaman sepoi-sepoi bahasa antara tarikan yang terdapat di Pulau Tioman, Pahang.

Beliau yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta di ibu negara Norway itu berkata, selain makanan serta keramahan masyarakat tempatan, beliau juga amat terpesona dengan keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini.

“Saya suka pergi ke pulau-pulau di Malaysia yang cantik dan kurang ramai pengunjung. Suhu dan cuaca di Malaysia hangat sepanjang tahun dan ia sesuai untuk mandi-manda. Tidak seperti di Norway yang cuacanya sejuk dan kurang selesa untuk aktiviti-aktiviti seperti itu.

“Apatah lagi, sewaktu berkunjung ke Pulau Pangkor dan Pulau Tioman baru-baru ini, ia jatuh pada bulan Ramadan, jadi tidak ramai pelancong di sana. Saya pula memang jenis yang tidak suka berada di tempat yang sesak,” ujar duda kepada dua anak ini.

Dia yang berasal dari Mo i Rana iaitu sebuah pekan kecil di utara Norway menambah, selain bercuti dan ‘melarikan diri’ seketika daripada suhu sejuk beku di negaranya, peluang berada di sini turut dimanfaatkannya dengan mempromosikan album bekas kumpulan black metalnya iaitu Elite.

PASANGAN dari Norway ini (berdiri kiri) sempat ‘pose’ bersama teman-teman mereka di kedai Varmt Stal Helvete di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor, ketika kunjungan tersebut.

Tor yang merupakan seorang gitaris dan pegawai promosi sambilan turut sempat mempromosikan album-album terbitan syarikat rakaman No Colours Records dan Folter Records, masing-masing dari Jerman yang diwakilinya ke beberapa buah kedai muzik di sekitar KL dan PJ. Antara kumpulan yang dipromosikannya adalah Be Persecuted, Chortoryi, Nocturnal Breed dan Elite.


Kedai Basement Records, Music Hub, Mamat Records dan Varmt Stal Helvete antara premis yang sempat dikunjunginya dalam kesempatan tersebut.

Peluang-peluang itu digunakannya bagi memperluaskan lagi rantaian edaran dan jualan produk-produk yang dipromosikannya di kalangan peminat dan pengiat industri muzik-muzik ekstrem di negara ini.

Sementara itu, Tonje pula berkata, beliau berasa amat senang sepanjang berada di Malaysia bukan sahaja kerana cuacanya yang hangat, malah buah-buahan tropika yang mudah serta banyak didapati di sini turut menarik perhatiannya.

“Saya amat menyukai buah mangga. Buah ini bukan sahaja enak dan mudah didapati di sini tetapi ia dalam keadaan yang segar. Harga mangga di sini jauh lebih murah berbanding berlipat-lipat kali ganda lebih mahal di Norway.

PENULIS (tengah) sewaktu bersama Tor dan Tonje di Kampung Air Batang, Pulau Tioman, Pahang, baru-baru ini.

“Selain keadaan cuaca yang menyenangkan di sini dan makanan-makanannya yang lazat, saya juga suka melancong ke Malaysia kerana terdapat banyak hidupan liar terutama spesis-spesis burung yang tidak terdapat di negara-negara lain.

“Ini kerana, saya adalah peminat burung dan menjadi sukarelawan bagi menjaga kebajikan burung-burung terbiar di Norway sejak beberapa tahun lalu. Malah, pelbagai jenis hidupan laut yang banyak terdapat di sekeliling pulau-pulau di Malaysia juga menggagumkan saya,” katanya yang telah 7 tahun menjalin hubungan intim dengan Tor.

Bagi menikmati kehangatan cuaca, berenang sambil menjamu mata melalui aktiviti-aktiviti selam skuba, Tonje dan Tor telah berada di beberapa lokasi menarik di Kampung Air Batang dan Kampung Juara di Pulau Tioman pada 29 Mac hingga 11 April lalu.

Sebenarnya, bukan setakat pasangan ini sahaja, malah ramai lagi pelancong dari Norway yang berminat untuk melancong ke Malaysia, tetapi sayangnya ada di antara mereka yang sukar mendapatkan maklumat tentang negara ini.

Ini disebabkan tiadanya kedutaan Malaysia yang dibuka di negara Nordik itu sehingga kini bagi memudahcara aktiviti-aktiviti berkaitan pelancongan di negara kita buat para pelancong Norway yang berminat berkunjung ke sini.

-Abdul Aziz Itar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori