Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Daripada Cari Salah, Lebih...

JOHOR BAHRU - Umat Islam disarankan melakukan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa...

Polis Arau Rampas Daun...

ARAU - Polis Daerah Arau merampas 300 kilogram daun ketum setelah menahan sebuah...

Lori Dipenuhi Bangkai Ayam...

JIJIK dan kotor. Gambar sebuah lori yang dipenuhi bangkai ayam menjadi tular di...

Rumah Tempat Paling Berbahaya...

VIENNA - Lebih dari separuh wanita yang maut dibunuh tahun lalu menemui ajal...

KPM Sedang Dapatkan Laporan Penuh Kemalangan Maut Babitkan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mendapatkan laporan penuh berhubung kemalangan maut membabitkan guru di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau awal pagi tadi, kata menteri berkaitan Fadhlina Sidek.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“KPM sedang mengambil semua langkah untuk mendapatkan laporan penuh dan punca kejadian, juga kebajikan guru-guru sebahagiannya berada di hospital (sekarang ini) untuk rawatan dan keluarga mereka.

“Saya mewakili KPM mengucapkan takziah kepada keluarga guru yang terlibat dalam kejadian itu dan kami rasa sangat dukacita dengan kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Kelab Media Mutiara Pulau Pinang di sebuah taman tema air di Bertam, di Kepala Batas hari ini.

Tiga maut manakala 36 lagi cedera dalam kemalangan itu yang melibatkan sebuah bas persiaran membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka dengan sebuah treler.

Beliau berkata KPM juga akan menghantar kaunselor ke sekolah itu untuk memberikan sokongan psikososial kepada rakan-rakan guru dan para pelajar.


Terdahulu, Fadhlina turut menyampaikan ucapan takziahnya menerusi Facebook kepada keluarga guru Allahyarhamah Hasnatul Adila Hasan dan pemandu bas yang meninggal dunia dalam nahas tersebut.

“Didoakan juga agar kesemua guru yang cedera akan segera sembuh dan kembali aktif seperti biasa untuk menjalankan amanah sebagai pendidik bangsa.

“Beberapa orang guru yang terlibat dalam nahas ini juga dilaporkan menerima rawatan rapi akibat kecederaan parah,” katanya.

-Bernama

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori