• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil Keterangan Pengasuh, Dua Ahli Keluarga

oleh Mohd Arshad
03/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil Keterangan Pengasuh, Dua Ahli Keluarga
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Polis, hari ini mula memanggil bekas pengasuh dan dua ahli keluarga bagi membantu siasatan susulan penahanan ibu bapa kanak-kanak kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Jumaat lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kesemua individu itu dipanggil bagi dirakam keterangan untuk melengkapkan siasatan yang dilakukan.

“Mereka dipanggil untuk membantu dan melengkapkan siasatan polis. Ada kemungkinan kita akan panggil individu lain selepas ini namun ia bergantung kepada keperluan siasatan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Semalam, media melaporkan polis merampas telefon bimbit ibu dan bapa Zayn Rayyan bagi siasatan lanjut.

Hussein dilaporkan berkata rampasan yang dilakukan adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.

Sabtu lalu, Hussein dalam kenyataan media mengesahkan polis menahan kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk membantu siasatan polis.

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu ditahan pada jam 10.05 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, tangkapan dijalankan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Kedua-duanya kemudian direman pada Sabtu lalu di Mahkamah Petaling Jaya dan dibenarkan tahanan reman selama tujuh hari sehingga 7 Jun ini.

Kedua-dua mereka direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Berita Harian

Tags: Kes Zayn Rayyanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd