Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

APMM Selamatkan Lima Kru...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan lima kru sebuah bot...

Kelek JB Hulur Juadah...

KUALA BERANG - Menikmati juadah sahur atau berbuka bersama keluarga atau rakan taulan...

PKNS Tutup Sementara Uptown...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menutup tapak ‘Uptown’ Shah...

29 Maut, 70 Cedera...

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 29 maut dan 70 lagi cedera dalam letupan di...

Kerajaan Lulus RM5 Juta Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Kelantan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA : Kerajaan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kelantan bermula Jumaat hingga Ahad ini bertujuan meningkatkan paras air Sungai Kelantan supaya dapat mengairi kawasan pertanian yang terjejas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sudah meluluskan penggunaan dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) sebanyak RM5 juta bagi menjayakan operasi itu.

Katanya, operasi itu susulan permohonan daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan dilaksana melalui penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

“OPA adalah tindakan awal dilakukan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan dan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September ini.

“Malah, taburan hujan yang rendah dicatatkan bermula Februari hingga April tahun ini menyumbang kepada penyusutan paras air Sungai Kelantan serta menggangu operasi pam di seluruh Kawasan KADA,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, bagi membolehkan Rumah Pam Kemubu beroperasi sepenuhnya, Sungai Kelantan perlu mencapai paras air pada ketinggian 4.90 meter.


Katanya, KADA bagaimanapun hanya merekodkan paras air terendah di Sungai Kelantan iaitu 2.19 meter pada minggu kedua April lalu.

Justeru, beliau berharap usaha terbabit dapat segera memberikan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas dan kering, khususnya di Kelantan.

“Saya juga berharap usaha bersepadu yang dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan hujan dan seterusnya menjamin bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan.

“Saya juga sudah menyarankan NADMA dan KPKM untuk melaporkan perincian hasil OPAini pada 23 Jun 2024 nanti,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori