• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Gubal RUU Pentadbiran Mahkamah Syariah Baharu

oleh Mohd Arshad
04/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, draf pindaan itu dibentangkan di Mesyuarat Ahli Majlis-majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Beliau berkata, mesyuarat itu juga memutuskan untuk ditubuhkan satu jawatankuasa kerja yang khusus, bagi mengkaji semula penggubalan draf cadangan.

“RUU yang dicadangkan adalah lebih komprehensif. Oleh itu, penggubalan RUU tersebut masih di peringkat kajian terperinci oleh Bahagian Undang-undang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zameri Mat Nawang (PAS-Jelawat) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, penggubalan tersebut membuka ruang dan jaminan pelaksanaan keadilan kes-kes syariah melalui institusi kehakiman Mahkamah Syariah setanding institusi kehakiman Mahkamah Sivil.

“Kajian yang dinyatakan berkaitan keperluan empat atau lima peringkat mahkamah dengan mengambil kira pelaksanaan di negeri-negeri lain dari segi polisi atau perancangan masa hadapan oleh kerajaan Persekutuan untuk proses penyeragaman dan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Peningkatan itu bagi memastikan peluang rayuan kes syariah adalah dua kali iaitu rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan seterusnya ke Mahkamah Utama Syariah sebagai mahkamah tertinggi selepas Mahkamah Rayuan Syariah sedia ada,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Dr Hafidzah Mustakim (Amanah-Kota Lama) berkaitan penyelarasan dengan jawatankuasa kehakiman syariah di peringkat Persekutuan, Mohd Asri berkata kerajaan negeri sentiasa berhubung dan menjalin kerjasama dengan kerajaan dalam perkara tersebut.

Bernama-

Tags: KelantanMahkamah SyariahRUU
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd