• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Beri Keutamaan Selesai Permohonan Kewarganegaraan Anak Tidak Sah Taraf, Anak Angkat

oleh Mohd Arshad
16/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KDN Beri Keutamaan Selesai Permohonan Kewarganegaraan Anak Tidak Sah Taraf, Anak Angkat
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes permohonan kewarganegaraan membabitkan kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini dan diikuti dengan kategori anak yang lahir di luar negara daripada ibu warganegara tetapi bapanya bukan warganegara.

“Apabila saya melihat data permohonan, didapati anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan adalah tinggi. Jadi, saya fikir anak-anak ini tidak boleh dilupakan atas kesalahan ibu bapa.

“Jadi, kita proses segera, kerana itu kita letakkan tahun lepas petunjuk prestasi utama (KPI) (selesai) 14,000 kes dan kita capai tepat pada Disember 2023. Sekarang angka itu sudah mencecah lebih 15,000.

“Sasaran tahun lepas sudah dicapai, paling tidak kita kekalkan momentum sama tahun ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Sungai Bakap, hari ini.

Saifuddin Nasution juga memaklumkan permohonan kewarganegaraan di bawah kategori naturalisasi dan warganegara tempatan yang berkahwin dengan warga asing adalah sangat sedikit.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan akan membantu menyelesaikan isu kewarganegaraan yang dihadapi penduduk di Sungai Bakap khususnya masyarakat kaum India sekiranya calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin dipilih sebagai wakil rakyat pada 6 Julai nanti.

Sementara itu, mengenai siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, beliau mengesahkan polis telah terima aduan mengenai kebocoran dokumen dan siasatan polis masih berjalan.

Ditanya sama ada kerajaan akan menyekat platform Telegram susulan kebocoran laporan siasatan kes tersebut, beliau menyerahkan kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk menjawabnya.

Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar yang didakwa sebagai laporan siasatan membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

–Bernama

Tags: anak angkatanak tidak sah tarafKDNkewarganegaraan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Tikam Ibu Guna Gunting Hingga Mati Direman Tujuh Hari

Next Post

Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800

Related Posts

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

04/12/2024
0

JITRA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak wujud insiden kebocoran data sebanyak 17 juta yang sebagaimana didakwa seorang pengguna...

Next Post
Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800

Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd