• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Judi Online Di Kelantan Masih Belum Kronik – Exco

oleh AK-47
26/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
34
Judi Online Di Kelantan Masih Belum Kronik – Exco
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menegaskan aktiviti judi online di negeri ini belum kronik jika dibandingkan dengan Selangor dan Kuala Lumpur.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, kes yang dilaporkan setakat ini tidak banyak dan masih terkawal.

“Aktiviti haram ini kebanyakannya berlaku di kedai-kedai menjual telefon dan kad tambah nilai kerana judi online memerlukan id untuk masukkan wang taruhan.

“Bagaimanapun pihak kami sangat memandang serius berhubung perkara ini dan mahu SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) mengambil tindakan tegas dengan menyekat aktiviti berkenaan,” katanya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Menurut beliau, pada masa sama kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan bekerjasama dengan polis dalam membanteras kegiatan judi.

Katanya, kerajaan negeri sudah lama menutup dan mengharamkan aktiviti berkait dengan judi di negeri ini.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, daerah Kota Bharu merekodkan kes judi ‘online’ tertinggi di negeri ini apabila sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tahun lalu.

Perkara terbabit didedahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Selain Kota Bharu, Pasir Mas merupakan daerah kedua apabila merekodkan 27 kertas siasatan diikuti Tanah Merah (24), Machang (23), Tumpat (17) dan Jeli (10). Pasir Puteh dan Bachok masing-masing sembilan, Gua Musang (5) dan Kuala Krai (2).

-Sinar Harian

Tags: ExcoJudi onlineKelantan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd