Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Risau Dinding Flat Loke...

KUALA LUMPUR - Setiap kali hujan, penduduk di 1,200 unit perumahan awam (PA)...

Khairul Fahmi Idam Posisi...

KOTA BHARU - Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bakal berdepan saingan...

Aplikasi Peranti Pintar Najib...

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan aplikasi mudah alih...

Seminggu Siasatan Kes Kebakaran...

PETALING JAYA - Laporan penuh siasatan kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)...

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi gred A, B dan C berpotensi mencetuskan permintaan tinggi dan bakal menjejaskan bekalan sedia ada.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, peningkatan permintaan sebanyak lima peratus sahaja mampu menyebabkan kekurangan satu juta telur daripada bekalan.

Menurut beliau, sekiranya perkara itu berlaku, krisis bekalan telur ayam akan berulang sekali gus menyebabkan kenaikan harga memandangkan bekalan tidak boleh ditingkatkan hanya dalam jangka masa pendek.

“Lagi isu telur, sudah berkali-kali saya sebut di Dewan Rakyat sejak awal 2023. Kerajaan digesa memastikan bekalan telur ayam tidak terjejas sepertimana pernah berlaku sebelum ini.

“Walaupun bekalan telur stabil dalam beberapa bulan ini, namun ia masih lagi kurang berbanding 2019.

“Ini jelas menunjukkan bahawa industri ternakan ayam masih belum pulih sepenuhnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.


Sebelum ini, kerajaan memutuskan penurunan harga runcit telur ayam selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Sementara itu, Ka Siong berpandangan, keputusan untuk mengurangkan harga telur dikhuatiri memudaratkan rakyat.

Tambah beliau, akhirnya kerajaan terpaksa berbelanja lebih bagi mensubsidikan telur yang telah mencecah RM927 juta tahun ini.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori