• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EAIC Mahu Syor Buang Kerja Penguat Kuasa Kastam Ditahan Kes Tiris Berbilion Ringgit

oleh AK-47
13/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
EAIC Mahu Syor Buang Kerja Penguat Kuasa Kastam Ditahan Kes Tiris Berbilion Ringgit
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Kira-kira 40 penjawat awam, termasuk penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam dua operasi besar, tahun ini, akan disyorkan untuk dibuang kerja.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr Ismail Bakar, berkata pihaknya akan mencadangkan langkah pembuangan kerja walaupun pendakwaan kes terbabit di mahkamah belum berlangsung.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu pandangan berkaitan daripada penasihat undang-undang EAIC.

“Kes terbabit sedang disiasat lanjut oleh pihak SPRM dan pendakwaan juga sedang dilakukan.

“Insya-Allah, kita akan mencadangkannya (pembuangan kerja) selepas mendapat nasihat daripada penasihat undang-undang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Koordinasi EAIC bersama Ketua Jabatan Agensi Penguatkuasaan Seliaan Bilangan 1 Tahun 2024, di sini, hari ini.

Sebelum ini, seramai 34 penguat kuasa ditahan dalam Ops Samba 2.0 berhubung kegiatan sindiket penyeludupan disyaki membabitkan anggota kastam di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan ketirisan mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lalu.

Anggota dan pegawai penguat kuasa berusia 30 hingga 50 tahun itu disyaki menerima wang rasuah lebih RM4.7 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan penyeludupan tembakau kunyah, rokok, arak, produk kesihatan dan alat ganti kenderaan.

Melalui Ops Transit pula, SPRM menahan tiga penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion.

Sindiket terbabit dipercayai membuat perisytiharan palsu dalam Borang Kastam bagi mengelak dikenakan cukai dan pengimportan barangan yang memerlukan permit daripada beberapa agensi seperti Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Perkhidmatan.

-Berita Harian

Tags: EAICKes Tiris Berbilion RinggitPenguat Kuasa Kastam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Bayar Jamin RM10,000 Seorang

Next Post

Suami Sanggup Lakukan 21 Kes Jenayah Untuk Penuhi Permintaan Isteri

Related Posts

PDRM Bukan Lagi Bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Bermula Esok

PDRM Bukan Lagi Bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Bermula Esok

30/06/2023
0

PUTRAJAYA: Bermula esok, segala aduan berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pegawai pasukan itu tidak lagi dikendalikan Suruhanjaya Integriti Agensi...

Kartel PDRM: Hamid Bador Hilang Hak Buat Sebarang Komen – EAIC

28/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebulat suara mendapati bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah...

Next Post
Suami Sanggup Lakukan 21 Kes Jenayah Untuk Penuhi Permintaan Isteri

Suami Sanggup Lakukan 21 Kes Jenayah Untuk Penuhi Permintaan Isteri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd