Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Feeya Iskandar… Dari Konti...

SEBUT saja nama Nor Syafiza Iskandar Azizan, mungkin ramai tidak tahu siapakah figura...

Stadium Luncur Ais Kebangsaan...

KUALA LUMPUR – Sebagai sebuah negara Khatulistiwa yang tidak mungkin dihujani salji, ia...

Mangsa Letupan Lombong Arang...

KUCHING - Polis telah mengenal pasti identiti tiga mangsa yang maut dalam kejadian...

Zahid Hamidi Lawat Baraj...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini...

Aliran Trafik Lancar, Terkawal

Kuala Lumpur : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar menjelang perayaan Aidiladha susulan orang ramai sudah pulang ke kampung sejak kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setakat 12 tengah hari ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman sosial X melaporkan keadaan lalu lintas menuju arah utara, selatan dan pantai timur terkawal.

Trafik bergerak lancar di kedua-dua arah di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Bagaimanapun, aliran trafik dilaporkan perlahan sejauh 6.6 kilometer dari Plaza Tol Gombak menghala timur berikutan pertambahan kenderaan.


Selain itu, PLUS Trafik melaporkan terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 23.5 arah utara dari Bandar Gamuda Cove ke Putrajaya, namun tiada lorong terhalang dan trafik terkawal.

Kemalangan juga dilaporkan berlaku di KM413.6 arah selatan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar dan di KM407.9 arah utara dari Lembah Beringin ke Tanjung Malim.

Terdahulu, LLM menjangkakan jumlah kenderaan di Plus, KLK dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 serta LPT2 meningkat sehingga 2.52 juta sempena perayaan Hari Raya Aidiladha, esok.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori