KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), memaklumkan aliran trafik menghala utara pula perlahan dan bertali arus dari Slim River ke Tapah.
“Aliran trafik menghala selatan turut perlahan dari Bandar Ainsdale ke Seremban dengan anggaran empat kilometer,” katanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dengan pelaksanaan bermula jam 12.01 tengah malam tadi sehingga 11.59 malam ini.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik
BHonline-


