• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga AS Dituduh Hasilkan Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak

oleh Mohd Arshad
05/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Warga AS Dituduh Hasilkan Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak
Share on FacebookShare on Twitter

Langkawi : Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada awal Februari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun tertuduh, David Matthew Frahm, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Helmi Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah kediaman di Jalan Seri Legenda di sini kira-kira jam 3.30 petang pada 1 Februari lalu.

Berikutan itu dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTK) 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Cheow Wee dan Alvin Lau.

Pendakwaan turut meminta mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan kes berkenaan adalah serius dan membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Mahkamah menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesalahan tinggal melebihi masa ditetapkan di negara ini.

Frahm membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Natasya Rizal.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa tinggal di negara ini selama 1,380 hari melebihi masa yang dibenarkan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Februari lalu, pada jam 7.10 malam di Chogm Villa, Jalan Seri Lagenda, Mukim Kuah.

Dia dakwa melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda minimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-Harian Metro

Tags: Bahan Penganiayaan Seksualwarga as
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Daim Cabar Kesahihan Undang-Undang Kes Dedah Aset

Next Post

Wan Saiful Sekali Lagi Mohon Maaf, Ahmad Zahid Tarik Balik Usul

Related Posts

4 Ditahan, Miliki Lebih 50,000 Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak

4 Ditahan, Miliki Lebih 50,000 Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak

04/04/2025
2

KUALA LUMPUR - Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan manakala lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dirampas dalam...

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

06/05/2024
0

Langkawi : Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan...

Next Post
Wan Saiful Sekali Lagi Mohon Maaf, Ahmad Zahid Tarik Balik Usul

Wan Saiful Sekali Lagi Mohon Maaf, Ahmad Zahid Tarik Balik Usul

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd