• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Fayhsal Sila Nyatakan Pendirian Mengenai Gaji Penjawat Awam Naik – Saifuddin

oleh Mohd Arshad
03/05/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Wan Fayhsal Sila Nyatakan Pendirian Mengenai Gaji Penjawat Awam Naik – Saifuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BAHARU: Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diminta segera menyatakan pendirian sama ada menyokong atau tidak pengumuman kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus Disember ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, Ahli Parlimen Machang dan rakan-rakannya daripada pihak pembangkang boleh berbuat demikian untuk melihat kenaikan gaji berkenaan boleh disokong atau tidak.

“Saya mahu jawab apa yang dinyatakan Wan Fayhsal kenaikan itu (gaji penjawat awam) hanya boleh diumumkan sahaja tetapi belum tentu dilaksanakan kerana bergantung kepada bajet hujung tahun.

“Saya meminta beliau nyatakan tak setuju dengan kenaikan gaji ini. Kita nak tengok ia boleh dilaksanakan atau tidak sekiranya mengikut Wan Fayhsal.

“Saya mahu bertanya kepada beliau dan rakan-rakannya adakah beliau tidak setuju untuk menolak kenaikan itu. Saya minta beliau nyatakan sekarang,” katanya kepada pemberita ketika kunjungan di Maktab Polis, di sini hari ini.

Wan Fayhsal dilaporkan media semalam berkata, kenaikan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, tidak memberi sebarang makna disebabkan kenaikan harga barangan ketika ini.

“Realitinya, kenaikan tangga gaji ini akan berlaku 1 Disember selepas Belanjawan 2025 diluluskan. Itupun kalau diluluskan. Apa yang pasti harga barang tetap naik.

Dlaam perkembangan sama, Saifuddin turut menafikan pengumuman kenaikan gaji itu adalah gula-gula pilihan raya sebaliknya ia sudah diumumkan sejak setahun yang lalu.

“Kita berkata demikian kerana adanya garis masa, yang sendiri boleh menjawab dakwaan (gula-gula politik),” katanya.

-Berita Harian

Tags: Penjawat AwamSaifuddin NasutionWan Fayhsal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd