• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TERKINI: ‘Saya Baru Hantar Isteri Ke KLIA, Terkejut Bila Dapat Khabar Kematiannya’

oleh Mohd Arshad
19/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jenazah Suspek Serang Balai Polis Masih Belum Dituntut
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG: “Saya terkejut apabila dapat berita isteri meninggal dunia kerana kami sekeluarga baru sahaja menghantar dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk kembali menyambung tugas di Lubnan,” kata Noor Azmi Ariffin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Noor Azmi, 39, adalah suami kepada Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman, 38, yang meninggal dunia di Lubnan, semalam.

Beliau berkata, isterinya dalam keadaan baik dan sihat ketika mereka menghantarnya di lapangan terbang itu kelmarin (Jumaat).

Katanya, Allahyarhamah sebelum ini pulang bercuti selama sebulan dan dia tidak menyangka hari Jumaat lalu merupakan menjadi pertemuan terakhirnya bersama empat orang anak mereka.

“Isteri saya sebelum ini pulang bercuti di kampung kira-kira sebulan. Pada Jumaat baru ini kami sekeluarga termasuk anak-anak hantar dia ke KLIA sebab cuti dia dah tamat.

“Semasa perjalanan pulang ke Kedah, saya ada singgah di rumah abang dulu, belum pun sempat tiba di kampung, saya dapat berita daripada Panglima isteri meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noor Azmi, berkata isterinya yang sudah 18 tahun berkhidmat tidak mempunyai sejarah sebarang penyakit dan kelihatan ceria ketika pulang bercuti baru-baru ini.

“Dia memang tak ada sakit apa sebelum ini,kalau ikut peraturan pun hanya anggota dan pegawai yang sihat sahaja akan dihantar bertugas di Lubnan sebab itu kami pun terkejut sebab dia nampak sihat sahaja,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini jenazah isterinya masih berada di Lubnan dan akan dibawa pulang ke kampung di Sungai Mati Tobiar setelah selesai urusan bedah siasat.

“Setakat ini saya cuma tunggu maklumat dari kem sahaja dan ikut perancangan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Tualang,” katanya.

Allahyarhamah Faridah yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, Lubnan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah.

Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada jam 2.25 pagi waktu Lubnan, Sabtu (7.25 pagi waktu Malaysia).

Beliau meninggalkan empat orang cahaya mata berusia antara empat hingga 13 tahun.

BHonline-

Tags: isteriMALBATT 850-11meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd