• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Lelaki Menyamar Pegawai Kerajaan, Minta Dan Terima Rasuah RM6,000

oleh Mohd Arshad
11/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
SPRM Tahan Lelaki Menyamar Pegawai Kerajaan, Minta Dan Terima Rasuah RM6,000
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang lelaki selepas disyaki menyamar sebagai pegawai kerajaan di sebuah kementerian dan meminta serta menerima wang rasuah kira-kira RM6,000.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 17 Mei terhadap suspek yang berusia sekitar 30-an itu dikeluarkan Majistret Syahirah Abdul Salim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut sumber, suspek yang bekerja sendiri menyamar sebagai pegawai kerajaan dan meminta wang rasuah kira-kira RM8,000 daripada seorang wanita sebagai balasan bagi membantu mengubah laporan kimia membabitkan kes dadah suami wanita berkenaan.

“Suspek memaklumkan akan membantu mengubah laporan kimia bagi membolehkan suami wanita itu yang kini ditahan reman atas kes dadah dapat dibebaskan.

“Wanita itu yang percaya dengan kata-kata suspek kemudiannya menyerahkan wang kira-kira RM6,000 kepadanya,” katanya.

Sumber berkata, suspek ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang pada 11 malam tadi ketika hadir bagi memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-Harian Metro

Tags: menyamarpegawai kerajaanrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd