Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

2 Gadis Melayu Wakil...

RANCANGAN pencarian model peragaan Asia's Next Top Model (AsNTM) yang disiarkan menerusi saluran...

Banjir: Mangsa Meningkat Kepada...

MELAKA - Mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Jasin dekat sini meningkat kepada...

FAMA Rancang Luaskan Pasar...

KUALA PILAH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang memperluaskan lagi pasar tani...

Zizan: Bakal Isteri Saya...

BOLEH dikatakan berita perihal Zizan Razak yang bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi...

Sabah Tidak Perlu Tiru Sarawak – Bung Moktar

KOTA KINABALU – Cadangan untuk menukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier seperti yang dilakukan oleh Sarawak perlu dilihat dari sudut Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, mengubah gelaran kepada Premier atau Perdana Menteri sekalipun tidak akan mengubah sifat autonomi Sabah yang tersurat dalam MA63.

“Dalam Bahagian III Perkara 5 Perjanjian Malaysia 1963 yang dipersetujui bersama oleh wakil-wakil dari Sabah menyebut ‘Ketua Menteri dan Menteri Besar’ kedua-dua bermaksud sebagai Presiden mengikut apa juga gaya yang diketahui, Majlis Eksekutif di sesebuah Negeri (khususnya ‘Ketua Menteri’ termasuk Perdana Menteri di Singapura).

“Perkara ini telah dimasukkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi ‘Ketua Menteri dan Menteri Besar, kedua-duanya bererti yang dipertua, tidak kira dengan gelaran apa juga dia dikenali, Majlis Mesyuarat Kerajaan di dalam sesuatu negeri,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag mengingatkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai implikasi terhadap proses pematuhan MA63 jika kerajaan negeri mengubah perlembagaan sewenang-wenangnya ketika Sabah sedang berunding tentang interpretasi Perkara 112D berkaitan pemberian khas 40 peratus.


“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu bersama-sama patuh dan hormat MA63, dan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa.

“Sekiranya kita ingin mendapatkan pengiktirafan sebagai ‘rakan kongsi’, lebih baik meminta agar takrifan ‘Gabenor’ yang dipotong oleh Akta A354, seksyen 41, pada tahun 1976 dikembalikan. Takrif asalnya ialah seperti berikut, ‘Gabenor’ bermaksud Ketua Negeri, tidak kira dengan gelaran apa juga yang digunakan, di sesuatu negeri yang tidak mempunyai raja (khususnya termasuklah Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang di-Pertuan Negara Singapura,” katanya.

Sehubungan itu, Bung Moktar berkata, Sabah tidak perlu meniru apa yang dilakukan oleh Sarawak.

“Kerana itu mencerminkan kepimpinan Sabah yang tandus dengan idea dan identiti. Kerajaan lemah dalam mengenal pasti keutamaan untuk membangun negeri ini dan memastikan hak-hak Sabah dalam perjanjian terus terpulihara,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori