Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

How-to Be a Superior...

The writers should have the ability to scrutinize the purchase for plagiarism. They...

Nelayan Cedera Ditikam Menantu

ISKANDAR PUTERI - Seorang nelayan cedera di leher akibat ditikam menantunya apabila...

Rumah Tangga Serina Retak...

TIADA angin, tiada ribut... tiba-tiba muncul desas-desus menyatakan rumah tangga pelakon Serina Redzuawan...

Mayat Bayi Perempuan Dalam...

PUTRAJAYA - Mayat seorang bayi perempuan yang diletak di dalam beg kitar semula...

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

PEMINAT sukan bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan 61 perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan hari ini, RTM selaku rakan penyiar eksklusif terrestrial badan pengendali liga itu membawakan secara percuma liputan secara langsung perlawanan melibatkan 52 perlawanan Liga Super, lapan perlawanan Piala FA dan perlawanan akhir Piala Malaysia menerusi saluran Okey dan Sukan RTM.

“RTM selaku stesen penyiaran kerajaan sekali lagi mengambil inisiatif dan tanggungjawab menyajikan khalayak penonton setia yang sangat dahagakan penampilan pasukan-pasukan kegemaran mereka dalam aksi terbaik Liga-M 2024/2025.

“RTM membawakan liputan secara langsung sukan utama kegemaran rakyat Malaysia bagi menyokong dan meniup semangat ke arah menaikkan mutu sukan bola sepak negara,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, peminat bola sepak tanah air juga boleh menonton aksi menarik bola sepak Malaysia di mana-mana sahaja secara lebih selesa dengan penstriman langsung di RTMKlik.


“RTM membariskan pengulas-pengulas sukan berwibawa dan panel undangan terpilih yang sangat berpengalaman serta pakar dalam bidang sukan bola sepak tanah air demi merancakkan siaran.

“Di samping itu, pendekatan teknologi terkini dan kecerdasan buatan seperti Augmented Reality (AR) bakal digunakan sebagai pendekatan persembahan terbaharu khas sajian istimewa kepada penonton setia RTM,” katanya.

Saingan Liga Super bermula hari ini dengan tiga perlawanan berlangsung membabitkan PDRM FC menentang Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang FC berdepan Kelantan Darul Naim FC dan Terengganu FC menghadapi saingan Perak FC.

-Sinar Harian

1 komen

  1. obviously like your website but you need to test the spelling on quite a few of your posts Several of them are rife with spelling problems and I to find it very troublesome to inform the reality on the other hand Ill certainly come back again

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori