• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertingkat Kawalan Balai Polis Lepas Waktu Pejabat – PH

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pertingkat Kawalan Balai Polis Lepas Waktu Pejabat – PH
Share on FacebookShare on Twitter

Pakatan Harapan (PH) Johor menggesa kawalan terhadap balai polis selepas waktu pejabat dipertingkat dan diperkemas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Saranan itu dibuat selepas insiden serangan terhadap Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi yang mengorbankan nyawa dua anggota pasukan keselamatan itu.

“Prosedur kecemasan yang utuh, pantas dan terjamin amat diperlukan untuk memastikan dan menjamin keselamatan anggota,” kata pengerusinya Aminolhuda Hassan.

Aminolhuda berkata demikian dalam kenyataan media sebentar tadi selepas melawat lokasi kejadian dan bertemu Timbalan Ketua Polis Johor M Kumar.

Dalam insiden pada jam 2.45 pagi itu, seorang pegawai polis turut cedera susulan serangan suspek bertopeng serta bersenjata pistol dan parang.

Lelaki 22 tahun itu dipercayai anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah ditembak di lokasi kejadian.

Sementara itu, Aminolhuda juga melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta mendoakan mereka tabah menghadapi dugaan.

Dia juga memberi kepercayaan penuh kepada pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk melakukan siasatan terperinci dan mengambil langkah-langkah susulan.

-Malaysia Kini

Tags: balai polisKes Balai Polis DiserangPHWaktu Pejabat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Tidak Sekaya Parti Lain, Terpaksa Guna Semula Bendera Terpakai – DAP Melaka

PH Tidak Sekaya Parti Lain, Terpaksa Guna Semula Bendera Terpakai – DAP Melaka

23/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pihaknya menggunakan semula bendera terpakai untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)...

PH Tidak Wajar Anggap Kuasa Pengampunan Sebagai ‘Mengatasi Undang-Undang’ – Azalina

PH Tidak Wajar Anggap Kuasa Pengampunan Sebagai ‘Mengatasi Undang-Undang’ – Azalina

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan pelaksanaan kuasa pengampunan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd