• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Agung PBB Terima Resolusi Pertimbang Semula Keanggotaan Palestin

oleh Mohd Arshad
11/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perhimpunan Agung PBB Terima Resolusi Pertimbang Semula Keanggotaan Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

HAMILTON, Canada – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengesyorkan satu resolusi menggesa permohonan Palestin sebagai anggota penuh PBB dan diberikan hak-hak tambahan dinilai semula.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Resolusi itu yang diterajui Emiriah Arab Bersatu (UAE) (bagi pihak Kumpulan Arab), diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang dan 25 berkecuali, lapor Agensi Anadolu.

Ditaja bersama Turkiye dan hampir 80 negara anggota, resolusi itu menzahirkan ” kekesalan dan kebimbangan” terhadap veto dari Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamatan PBB pada 18 April lepas.

Menekankan kepentingan mempertahankan keadilan dan menghormati hak asasi manusia yang utama, resolusi itu menekankan keperluan menghormati integriti wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur.

Resolusi itu menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mempertimbangkan semula permohonan keanggotaan Palestin dalam PBB supaya diterima berdasarkan Perkara 4 Piagam PBB Palestin layak untuk menjadi anggota PBB.

Meminta supaya aturan tertentu dibuat bagi membolehkan penyertaan Palestin dalam sesi Perhimpunan Agung, ia juga menggesa supaya Palestin menyertai mesyuarat anjuran badan-badan PBB dan persidangan pertubuhan antarabangsa itu.

Resolusi itu bertegas mempertahankan hak warga Palestin untuk kemerdekaan dan kenegaraan serta menekankan kepentingan menghormati undang-undang antarabangsa merupakan asas kepada keamanan dan keselamatan di rantau itu.

Ia juga menggesa Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres supaya mengambil langkah yang diperlukan untuk melaksanakan resolusi yang diterima pakai pada masa ini.

-Sinar Harian

Tags: PalestinPBBPerhimpunan Agung PBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Bersama Ben And Jerry’s Umum Buat Aiskrim ‘Pro-Palestine’

Pengasas Bersama Ben And Jerry’s Umum Buat Aiskrim ‘Pro-Palestine’

02/11/2025
0

BEN & JERRY’S CO-FOUNDER UMUM AIS KRIM “PRO-PALESTIN” SELEPAS DAKWA IDEA DIBLOK UNILEVER Oleh Mynewshub NEW YORK – Ben Cohen,...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd