Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Komitmen Betulkan Anamoli Perjanjian...

LUNDU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan Ketua...

Banjir Kilat Landa Beberapa...

GEORGE TOWN - Pada sambutan Deepavali, ratusan rumah termasuk sebuah kampung berdekatan Kampung...

61 PATI Bangladesh Dihantar...

SIK - Jabatan Imigresen Kedah mula menghantar pulang 61 pendatang asing tanpa izin...

Trend Melancong Makin Naik...

TANYALAH sesiapa terlibat aktif syarikat agensi pelancongan sama ada inbound (dalam negara) atau outbound...

Pemuda Dakwa Diserang Anak Bekas Wakil Rakyat

GEORGETOWN : Satu rakaman video memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, baru-baru ini, tular di media sosial.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam video berdurasi 43 saat itu, seorang daripada suspek dipercayai anak kepada bekas wakil rakyat bergelar ‘Datuk’ di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian.

“Sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat dan punca kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, kejadian itu jam 1 pagi 11 Mei lalu ketika seorang pemuda 18 tahun membeli air di kafe berkenaan, didatangi dua lelaki dan seorang wanita lalu didakwa dipukul pada muka tanpa sebab.


Berikutan itu, dua rakannya, masing-masing lelaki berusia 19 tahun dan wanita berusia 26 tahun, datang serta cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

Akibatnya, rakan lelaki terbabit turut ditumbuk pada muka dan perut serta ditendang pada belakang badan, manakala rakan wanita pula ditumbuk di bahagian perut dan belakang badan.

Semua mangsa dikatakan beredar dari tempat itu sejurus kejadian dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut, dua hari kemudian.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori