• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Amanah: Bekas Presiden PPOC Dijel Tiga Hari, Denda RM80,000

oleh AK-47
30/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pecah Amanah: Bekas Presiden PPOC Dijel Tiga Hari, Denda RM80,000
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM80,000 terhadap bekas Presiden Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Perak selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai hampir RM500,000, lima tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kamarulzaman Abdullah, 65, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai Presiden PPOC yang diamanahkan dengan wang hasil penjualan dua bidang tanah Lot di Kampung Tengku Husin Baharu, Ipoh milik persatuan yang bernilai RM540,000, telah melakukan pecah amanah jenayah dengan memindahkan sebahagian wang penjualan tanah berjumlah RM413,974 ke dalam lima akaun peribadi miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Gunung Rapat dalam daerah Ipoh pada Disember 2019.

Pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM48,500 ke dalam akaun bank dua syarikat milik anak tiri perempuannya berusia 48 tahun di lokasi sama pada 8 November 2019 dan 1 Januari 2020.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Shafiqzan Suhaimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga hari serentak dari tarikh sabitan hukuman pada Khamis.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh ditambah lapan bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pada prosiding itu, mahkamah menetapkan agar wang tunai yang disita berjumlah RM11,200 dan wang simpanan RM49,903 dalam empat akaun bank termasuk faedah sehingga 30 Mei 2024 dilucuthakkan di bawah Seksyen 40(1) (a) Akta SPRM 2009 kepada kerajaan Malaysia.

-Sinar Harian

Tags: pecah amanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 Kepada Asnaf MAIWP

Next Post

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

Next Post
Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd