Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Rusia Adakan Latihan Perang...

MOSCOW - Rusia akan menjadi tuan rumah latihan perang terbesar pernah diadakan sejak 1980-an,...

Kajian Klinikal Fasa 3...

PUTRAJAYA - Kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 bermula hari ini dengan penghantaran...

Artis Veteran Pukul Abang...

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya di...

Keputusan Tak Naik Tol...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tol di 12 lebuh...

Melampau, Tak Hormat Agama Dan Pemilik Kubur

Kuala Lumpur: Tindakan dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan seperti tular di media sosial, hari ini mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu melampaui batas dan tidak menghormati agama serta waris pemilik kubur berkenaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Terdahulu video berdurasi 37 saat yang memaparkan tindakan keterlaluan dua wanita itu dipercayai dikongsikan seorang pengguna akaun TikTok miliknya sebelum video sama turut dikongsikan di Facebook (FB) oleh pengguna lain.

Berdasarkan video berkenaan, seorang wanita merakam video itu memberitahu rakannya mengenai dakwaan jika melangkah kubur, pemiliknya (individu yang sudah meninggal dunia itu) akan datang mencari individu itu pada waktu malam.

Rakannya kemudian bertanya mengenai dakwaan itu dan kemudian wanita yang merakam video itu memberitahu rakan perempuannya itu pasti akan marah jika kuburnya dilakukan perbuatan seperti itu.

“Kalau kau pun takkan kau tak marah orang langkah kubur kau,” katanya dalam video tular itu tanpa menyebut lokasi sebelum seolah-olah terkejut apabila melihat rakannya itu melangkah kubur berkenaan.

Wanita berkenaan turut mengulangi perbuatan sama sekali lagi sebelum meminta rakannya itu juga melakukan tindakan sama biarpun pada mulanya individu berkenaan enggan melakukannya.

Bagaimanapun rakannya itu turut melakukan perbuatan sama sebelum kedengaran berbual seolah-olah bimbang jika pemilik kubur berkenaan mencari mereka.

Harian Metro cuba menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan melalui media sosial itu namun individu terbabit belum memberi sebarang maklum balas serta mendapati video berkenaan tiada di akaunnya dan di percayai sudah dipadam.


Semakan di ruangan komen di beberapa video dikongsikan wanita itu di akaun TikTok itu juga mendapati netizen meninggalkan komen berkaitan video viral berkenaan.

Ada netizen membuat andaian ia hanya kandungan dan kubur itu bukan kubur sebenar jika melihat kepada keadaan tanah yang masih baru berbanding kubur lain di kawasan berkenaan, namun tetap menganggap ia tidak sepatutnya berlaku.

“Aku tak rasa itu kubur betul sebab dekat situ semua kubur lama yang itu saja nampak baru.. Macam untuk konten saja,” tulis pengguna FB Zahidah Abdullah yang turut menganggap tindakan dua wanita itu tidak beradab.

Sementara itu, Noriana Ismail berkata, tindakan itu juga tiada adab dan mempersoalkan perbuatan individu terbabit yang melangkah kubur berkenaan.

“Macam mana kalau orang pijak kubur orang yang kita sayang? Kalau tak boleh memberi manfaat kepada si ahli kubur janganlah menghina mereka,” tulisnya.

Semangat Jebat berkata, “Cara pemikiran dan cara budak zaman sekarang berhibur..Mereka sondol (buat) dulu baru fikir benda itu baik buruknya kemudian. Malu, adab akhlak tolak tepi janji gembira ini ‘level’ mereka,” tulisnya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori