• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Kelantan Rampas Daging Babi Bernilai Lebih RM200,000

oleh Mohd Arshad
19/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Kuil Sri Maha Mariamman Perlu Pindah Kerana Dibina Secara Tidak Sah Atas Tanah Milik Syarikat’
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata ,anggaran keseluruhan cukai bagi rampasan berkenaan ialah RM91,168.

Beliau berkata, dalam operasi itu, kastam mendapati daging itu diseludup melalui satu pangkalan haram di Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Dalam kejadian itu pasukan kastam menahan dua buah lori pada 5.40 pagi di Kampung Teluk dekat Cabang Empat Tumpat dan dua lelaki tempatan iaitu pemandu lori berkenaan turut ditahan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik barang dagangan yang telah dirampas itu yang disyaki akan dibawa ke negeri pantai barat.

Wan Jamal berkata, daging babi sejuk beku diklasifikasikan sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga/Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(I) (iii) Akta Kastam 1967.

Bernama-

Tags: daging babiKastam Kelantanrampas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

15/06/2026
0

BUTTERWORTH – “Tempat lain mungkin tidak mahu, tidak boleh atau tidak berani menganjurkan promosi besar-besaran daging babi, tetapi Butterworth berani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd