• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

oleh Mynewshub
21/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – “Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?”

Persoalan itu dibangkitkan oleh Penasihat DAP, Lim Guan Eng berikutan kritikan terhadap program jualan babi secara besar-besaran di negeri ini baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan adakah penjualan daging lembu ketika musim haji juga satu kesalahan jika berdasarkan logik yang sama.

“Mengikut logik yang sama, adakah penjualan daging lembu ketika musim haji juga satu kesalahan? Saya juga ingin tahu.

“Undang-undang atau peruntukan Perlembagaan yang manakah yang melarang penjualan daging babi?,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan di muat naik di media sosial hari ini dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu menggunakan aplikasi ChatGPT.

Guan Eng berkata, sekiranya ada pihak yang berpendapat aktiviti itu menyalahi undang-undang atau tidak wajar, mereka boleh membuat laporan polis.

Namun, katanya, jika hanya kerana penganjuran promosi jualan daging babi lalu mahu menyekat cara hidup serta pilihan pengguna bukan Islam, perkara itu tidak dapat diterima.

Selain itu, kata beliau, aktiviti tersebut turut berkait rapat dengan budaya tradisional sempena Perayaan Duanwu.

Ujar beliau, masyarakat Cina sememangnya menggunakan daging babi untuk membuat bakcang sebagai sebahagian daripada sambutan perayaan tersebut.

“Jika penjualan daging babi dan penyediaan bakcang daging babi pada musim perayaan Duanwu turut dipersoalkan, ia seolah-olah menunjukkan kurangnya penghormatan terhadap budaya dan perayaan tradisional masyarakat Cina,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: Besar-Besarandaging babiDaging LembujualankesalahanLim Guan EngPenasihat DAPundang-undang
Share1940Tweet1212SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd