• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Terus Kuasai Asia Tenggara

oleh Mohd Arshad
13/05/2024
dalam Sukan, Utama & Sensasi
1
JDT Terus Kuasai Asia Tenggara
Share on FacebookShare on Twitter

KELAB bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan kemas kini terbaharu pada 12 Mei, skuad Harimau Selatan itu memungut 75.2 mata meninggalkan pencabar terdekat iaitu kelab dari Thailand, Buriram United dengan 71.9 mata dan Bangkok United (70.5 mata).

Dalam ranking Asia pula, JDT kekal berada di kedudukan ke-14 dan kedudukan ke-317 daripada 13,448 pasukan yang dihimpunkan Opta Analyst dari seluruh dunia.

Kedudukan JDT itu semakin jauh meninggalkan pasukan dari Malaysia yang lain dengan Selangor FC masih lagi sebagai pesaing utama skuad Harimau Selatan itu.

Selangor memungut 65.2 mata di kedudukan ketujuh di ASEAN dan 1,407 dunia disusuli Terengganu FC dengan 62.9 mata di kedudukan ke-10 ASEAN dan berada di ranking 1,824 dunia.

Sabah juga berada dalam senarai 20 pasukan terbaik ASEAN di kedudukan ke-16 dan ke-1,969 dunia.

JDT menyingkap kempen saingan Liga Malaysia (Liga-M) dengan kemenangan trofi pertama iaitu Piala Sumbangsih selepas Selangor FC menarik diri susulan kes Faisal Halim disimbah asid.

Juara 10 kali Liga Super itu juga dijangka tidak akan berdepan masalah untuk sekali lagi menakluk saingan Liga-M musim ini selepas kejayaan cemerlang menggondol semua kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu.

Selain itu, JDT juga bakal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).

-Sinar Harian

Tags: Asia tenggaraJDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ketika pemilik pasukan memiliki akses istimewa, khas dan premium di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun pemilik...

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

SUASANA di sebuah kedai mamak di Desaru bertukar luar biasa malam tadi apabila Pemangku Sultan Johor dilihat santai bersama keluarga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd