Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Sekeluarga 3 Beranak Maut...

JOHOR BAHARU - Sekeluarga tiga beranak maut dalam satu kemalangan melibatkan lima kenderaan...

Video: Merokok Di Stesen...

PASTI semua orang tahu bahaya merokok ketika berada di kawasan stesen minyak, apatah...

Thailand Perkenal Cukai Gula...

BANGKOK - Selepas Afrika Selatan dan Britain, Thailand muncul negara terbaharu mengenakan cukai...

Pemuda MIC Tolak Hudud

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC, C.Sivarraajh mendakwa undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan...

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, kadar itu tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

“Pada tahun ini, saya nak umumkan kenaikan skim gaji penjawat awam melebihi 13 peratus.

“Cuma yang memeningkan bahawa tahun hadapan, apabila kita melaksanakannya ia akan mencecah RM10 bilion kerana jumlahnya besar dan lumayan.

“Ini kenaikan terbaik dalam sejarah,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Seri Dr Adnan Mat dan Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.

Pada 19 April lalu, Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kerajaan akan mengumumkan cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja 2024.


Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa pendapatan menyeluruh minimum penjawat awam sebanyak RM1,795 adalah tidak muhasabah.

“Bermula tahun ini, sistem saraan akan memulakan satu kriteria ukuran baharu yang harus diteliti oleh swasta iaitu pendapatan menyeluruh gaji dan elaun tetap perlu melebihi RM2,000.

“Ini bermakna, apabila naik maka yang lain sudah tentu naik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan untuk menjumpai setiap jabatan dan profesion kerana enggan ada yang ketinggalan.

“Nanti apabila kita umum, ada yang kata kami tak dirunding.

“Saya ridak mahu. Oleh itu, sistem saraan perkhidmatan awam harus dilihat kepada aspek yang menyeluruh,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori