• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

oleh Mohd Arshad
08/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Syarikat Airbus Helicopters mengesahkan menawar H225M dalam pembidaan untuk program perolehan 12 helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Asia Pasifik Airbus Helicopters, Vincent Dubrule berkata, Malaysia sudah mengenali keupayaan H225M selepas mengoperasikan pesawat ini selama 12 tahun.

“Airbus mengesahkan Malaysia adalah pasaran penting bagi perniagaan helikopter tentera serta pertahanan dan angkasa.

“Helikopter model H225M ini terbukti dalam pertempuran selain mampu menjalankan pelbagai keperluan misi termasuk operasi khas, mencari dan menyelamat ketika pertempuran atau mencari dan menyelamat (CSAR/SAR) serta boleh digunakan sebagai pengangkutan taktikal,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di sini, hari ini.

Dubrule berkata, TUDM adalah antara pengendali global H225M yang menjalankan tugas ketenteraan dan kemanusiaan.

“Memandangkan Malaysia perlu menggantikan beberapa aset lama dalam jangka masa yang lebih panjang, terutamanya dalam peranan separuh awam (parapublic) seperti penguatkuasaan undang-undang, model H135 penyelesaian tepat untuk memenuhi keperluan ini.

“Model ini semakin popular yang mana lebih daripada 1,500 unit berada dalam perkhidmatan. Dari jumlah ini sekitar 200 unit kini digunakan oleh pelbagai agensi penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia, termasuk dari Australia dan Jepun.

“Airbus juga melihat potensi memenuhi permintaan semakin bertambah di rantau ini untuk keupayaan yang meningkat, selain memperbaharui pengangkutan tentera yang lama,” katanya.

-Harian Metro

Tags: AirbusH225MTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd