• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Kedai Roti Kembali Beroperasi Di Gaza Dengan Bantuan PBB

oleh Mohd Arshad
15/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengurus Jualan Rugi Setengah Juta Ringgit Diperdaya Pelaburan Emas Tak Wujud
Share on FacebookShare on Twitter

TEL AVIV – Tiga kedai roti di Bandar Gaza kembali beroperasi pada Ahad dengan bantuan Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut laporan saksi, ribuan orang hadir untuk membeli makanan sejurus selepas pengumuman dibuat bahawa roti akan dijual di kedai roti itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Serangan udara Israel telah memusnahkan banyak kedai roti di bandar itu dan menurut sumber Palestin, WFP kini telah membekalkan gas dan membaiki mesin membuat roti untuk membolehkan pembakaran roti disambung semula.

Pegawai Palestin berkata terdapat kira-kira 140 kedai roti di Semenanjung Gaza yang membekalkan majoriti penduduk dengan roti.

Israel berdepan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk membenarkan lebih banyak bekalan bantuan kemanusiaan masuk ke semenanjung yang disekat itu. Pertubuhan bantuan menggambarkan situasi itu sebagai kritikal dan mengatakan lebih daripada sejuta orang berisiko mengalami kebuluran.

Lebih 33,000 orang terbunuh di Gaza sejak meletusnya perang pada 7 Okt lepas, menurut pegawai kesihatan di wilayah pimpinan Hamas.

Ketua Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) percaya bahawa kebuluran sudah berlaku di bahagian Semenanjung Gaza.

Klasifikasi rasmi sebagai kebuluran bermakna sekurang-kurangnya 20 peratus penduduk terjejas oleh kekurangan makanan yang melampau. Di samping itu, sekurang-kurangnya satu daripada tiga kanak-kanak mengalami malnutrisi akut.

Bernama-

Tags: Gazakedai rotiPBB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengurus Jualan Rugi Setengah Juta Ringgit Diperdaya Pelaburan Emas Tak Wujud

Next Post

Kes Tembak Di KLIA: Polis Rekod Keterangan 11 Saksi

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan...

Next Post
Tiga Kedai Roti Kembali Beroperasi Di Gaza Dengan Bantuan PBB

Kes Tembak Di KLIA: Polis Rekod Keterangan 11 Saksi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd