• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuter Elektrik Akan Digunakan Dalam Rondaan Polis Di KLIA

oleh Mohd Arshad
15/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Skuter Elektrik Akan Digunakan Dalam Rondaan Polis Di KLIA
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG: Polis mencadangkan kepada pengurusan Malaysia Airports Berhad supaya mengkaji semula kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mencegah sebarang insiden tidak diingini berulang pada masa depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ketika ini sebarang insiden tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa di kawasan lapangan terbang itu kerana ketika ini orang awam boleh masuk tanpa sebarangan kawalan dan sekiranya membawa masuk mercun juga tidak dapat dikesan.

Beliau berkata, tidak seperti di beberapa lapangan terbang luar negara, pengunjung perlu melalui mesin pengimbas terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki kawasan lapangan terbang.

Katanya, beliau yakin perkara itu boleh menjadi di antara keutamaan pengurusan KLIA dan kementerian berkaitan dalam mengkaji penambahbaikan bagi mengehadkan kemasukan orang awam termasuk mengadakan kawalan lebih ketat.

“Ini suatu perkara yang polis mahu lihat supaya ia lebih ke hadapan,” katanya pada sidang media pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di sini hari ini.

Pada majlis itu, Asisten Komisioner Azman Shari’at menerima serah tugas bagi menerajui Ketua IPD KLIA yang baharu daripada Asisten Komisioner Imran Abd Rahman yang bertukar ke Bukit Aman.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aspek keselamatan di KLIA susulan kes tembak seorang wanita yang kemudian terkena pada pengawal peribadinya dalam kejadian di Balai Ketibaan KLIA semalam.

Hussein berkata, aspek keselamatan di KLIA ini sememangnya sering dibincangkan terutama membabitkan pihak polis dan pengurusan KLIA dan antara penambahbaikan adalah menggunakan skuter elektrik yang sudah dirancang dan dipersetujui untuk pembeliannya oleh Kerajaan Selangor bagi kegunaan polis.

Menurutnya, skuter ini dijangka akan diperoleh dalam masa terdekat bagi mendapatkan respon lebih cepat dan meluaskan kawasan rondaan di KLIA.

Katanya, polis juga mencadangkan agar lorong berhampiran pintu masuk ke lapangan terbang ditutup kepada orang awam sama ada di bahagian ketibaan atau pelepasan kerana ia dilihat berisiko tinggi berlaku sebarang perkara tidak diingini.

“Tindakan yang dilakukan polis dan pihak berkuasa lapangan terbang ketika kejadian juga adalah baik kerana berjaya mengawal keadaan dengan segera bagi menghindarkan kejadian lebih buruk dengan mengasingkan suspek yang terlibat dan mengembalikan keselamatan pengunjung dengan segera,” katanya.

BHonline-

Tags: KLIArondaan polisSkuter Elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd