KABUL : Enam maut selepas seorang lelaki bersenjata menyerang sebuah masjid di barat Afghanistan, kata jurucakap kerajaan pada Selasa.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qani, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam tadi (waktu tempatan).
“Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak jemaah awam di sebuah masjid dan enam orang mati syahid,” katanya.
Kejadian berlaku di daerah Guzara wilayah Herat.
-Berita Harian