Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Hidu ‘Bau Ketakutan’ Zaman...

SINGAPURA - Jika anda pernah membayangkan bagaimana rasanya kehidupan dalam satu-satu era sejarah...

Final AF2014 Janji Kehangatan...

Setelah berlalu sembilan konsert mingguan, akhirnya program Akademi Fantasia 2014 menghampiri kemuncaknya malam ini...

Statistik Terperinci Diperlukan Pastikan...

KUALA LUMPUR - Statistik terperinci ke peringkat daerah amat diperlukan bagi membolehkan kerajaan membuat perancangan hingga...

Kenaikan Harga Barangan Bukan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isu kenaikan...

Rampasan Bugatti Berkaitan Kes 1MDB: SPRM Sudah Siasat Sejak 2020

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan maklumat berhubung rampasan empat kereta mewah jenis Bugatti Veyron yang dikaitkan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Munich, Jerman.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menghantar permohonan untuk mendapatkan maklumat itu daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

“Pada 26 Oktober 2022, SPRM pernah menghantar permohonan sama bagi mendapatkan maklumat mengenai pembelian kereta mewah di negara itu yang menggunakan dana bon 1MDB.

“Dalam perkembangan terbaharu ini, SPRM telah menghantar permohonan untuk maklumat terkini daripada pihak Jerman,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Azam juga mengesahkan, pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung isu berkenaan sejak 2020.

“Ia bermula apabila SPRM mengemukakan Permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) ke Switzerland untuk mendapatkan maklumat mengenai aset beku berkaitan kes 1MDB pada November 2020.

“Ini diikuti dengan mesyuarat bersama Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkaitan 50 kereta mewah yang terbabit dalam siasatan 1MDB pada tahun 2021,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan kes terbabit.

Terdahulu, media Jerman, Bild melaporkan pihak berkuasa merampas empat kereta mewah model Bugatti Veyron di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan siasatan kes 1MDB.

Menurut laporan itu, kesemua kenderaan edisi khas itu dirampas dari sebuah kemudahan penyimpanan persendirian di Munich.

Kenderaan mewah itu dikatakan siri eksklusif yang mana hanya 18 kereta dibina dalam siri berkenaan dan biasanya tidak dijual di lelongan awam.

Empat kenderaan itu ialah Rembrandt edisi Veyron, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini dengan setiap kereta berharga lebih AS$3 juta (kira-kira RM14.3 juta).

Bild melaporkan, kereta berkenaan dikesan dan dirampas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah 7, yang pakar dalam jenayah kolar putih.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori