• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM: Malaysia Amalkan Dasar Luar Seimbang, Elak Provokatif

oleh AK-47
28/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM: Malaysia Amalkan Dasar Luar Seimbang, Elak Provokatif
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Anwar berkata Putrajaya menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea Selatan dan Jepun.

“Kami terlibat dan bergantung kepada sokongan, kerjasama dan pelaburan dari Barat seperti AS dan Eropah dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea (Selatan) dan Jepun.

“Ini terutama dengan China memandangkan terdapat pelaburan dan minat yang semakin meningkat,” katanya pada sesi pleno pembukaan Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF): Visi Baru Pembangunan Global pada Ahad.

Secara kumulatif, AS berada pada kedudukan pertama dari segi jumlah pelaburan di Malaysia manakala China pula menunjukkan peningkatan sebagai antara pelabur utama.

Anwar berkata pendirian Malaysia adalah jelas untuk tidak akan membuat sebarang keputusan yang dilihat sebagai provokatif antara satu dengan lain.

“Kami mengalu-alukan pelaburan berdasarkan ketetapan kami,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi sesebuah ekonomi sedang pesat membangun yang kecil, tindakan pengimbangan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Saya berpandangan setakat ini kami telah berjaya,” katanya.

“Kami perlu mengemudi dengan bijak dan kami bernasib baik memandangkan terdapat konsensus Asean mengenai perkara ini walaupun tidak sepenuhnya kerana kekuatan yang berbeza, tetapi sekurang-kurangnya dalam mekanisme Asean, terdapat keadaan seperti ini untuk kami mengekalkan (pendirian) berkecuali kami,” katanya.

Anwar turut membangkitkan keperluan libat urus yang lebih luas dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Timur Tengah manakala negara-negara ekonomi utama sebaliknya lebih cenderung menentukan syarat selain sering memaparkan sikap yang kurang mesra.

“Kita tidak boleh melakukannya sendirian, dan kita perlu mengadakan libat urus,” katanya.

Dia berkata walaupun terdapat perbezaan yang kecil mengenai isu dasar luar dalam Asean, tumpuan, penglibatan dan hubungan dua hala antara negara anggota adalah baik.

“Oleh itu, kami tidak mempunyai sebarang isu berbangkit dan dapat bekerjasama sebagai satu pasukan. Inilah alasannya mengapa Asean kini muncul dalam kalangan antara kuasa yang paling padu, kuasa di rantau kecil dunia. Kami kini lebih banyak menumpukan pelaburan perdagangan serta pelaburan perdagangan di peringkat intra,” katanya.

Menyentuh isu-isu geopolitik, Anwar berkata walaupun keadaan sukar di Timur Tengah, terutamanya dari segi kemarahan serta kekecewaan terhadap krisis Gaza, namun ini tidak bermakna ekonomi negara-negara Islam harus terjejas.

Perdana menteri turut memuji Arab Saudi kerana menjadi tuan rumah mesyuarat kali ini dan menggesa agar negara itu terus berperanan dalam aspek penglibatan dengan negara-negara membangun dan pesat membangun, khususnya dalam kalangan komuniti Islam.

“Isu (Palestin) adalah penting dan menjadi asas bagi kami. Namun, pada masa sama, kami juga perlu meneruskan kelangsungan. Ekonomi perlu kukuh dan asas-asasnya perlu sama dibangunkan,” katanya.

Bertemakan ‘Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan,’ mesyuarat dua hari itu disertai lebih 1,000 pemimpin dunia daripada 92 negara, termasuk ketua negara dan kerajaan, ahli pemikir daripada sektor awam dan swasta, selain organisasi antarabangsa, institusi akademik dan NGO.

-Malaysia Kini

Tags: Malaysiapm
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilik Restoran Teruja Pelanggan Datang Naik Helikopter

Next Post

Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan duti anti-lambakan ke atas pengimportan produk gulungan rata besi atau keluli bukan aloi dari China, India,...

Next Post
Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd