Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

PAS Cadang Perlembagaan Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan Perlembagaan Persekutuan...

Beri Nasihat Salah Berhubung...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat salah...

Lelaki Bunuh Diri Di...

SEORANG lelaki bertindak memanjat lampu isyarat di sebuah lebuh raya berketinggian 10 meter...

VIDEO: Kanggaru Bertinju Di...

AKSI dua ekor kanggaru ini dirakam sedang bertinju di sebuah jalan di pinggir...

Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

Manjung : Anjing yang mengejar seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkannya nyaris digilis kenderaan di di Jalan Haji Mohamad Ali, dekat Sitiawan, semalam, sudah ditangkap oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jabatan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MPM dalam kenyataan berkata, Unit Haiwan Merayau, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan mengambil tindakan demikian terhadap anjing berwarna putih terbabit selepas menerima rakaman video yang tular berhubung kejadian jam 9 pagi.

Menurutnya, tangkapan itu dilaksanakan berpandukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.

“Berdasarkan semakan dan siasatan, anjing itu mempunyai permit dari MPM serta mempunyai pemilik.

“MPM sudah menangkap tiga anjing termasuk anjing terbabit pada hari sama kerana pelanggaran syarat dan peraturan Undang-undang Kecil.

“Ini kerana pemilik gagal mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan anjing tidak menyebabkan kacau ganggu kepada jirannya, salakan yang tidak berhenti henti atau selainnya.

“Ia juga gagal mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan anjing itu tidak merayau di luar kawasan premis pemiliknya dan anjing itu berikat tali apabila dibawa keluar daripada premis pemiliknya,” katanya, hari ini.


Katanya, anjing yang mengancam nyawa boleh diambil tindakan pelupusan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdasarkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“MPM akan merujuk JPV untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, tular video berdurasi 20 saat memaparkan dua kanak-kanak yang panik melarikan diri selepas dikejar seekor anjing.

Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu memaparkan seorang daripada mereka berlari melintas jalan.

Malangnya kanak-kanak itu terjatuh menyebabkan sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan terpaksa mengelak hingga terbabas menaiki pembahagi jalan.

Tindakan pantas pemandu berkenaan menyelamatkan kepala kanak-kanak itu daripada digilis kenderaan dipandunya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori