• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Serbu Kedai Aksesori ‘Cap Ayam’

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua premis yang menjual aksesori telefon ‘cap ayam’ di Setapak di sini, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), pagi semalam.

Serbuan jam 11 pagi itu dilakukan lima pegawai KPDNKK WPKL selepas mendapat maklumat dan membuat risikan sejak seminggu lalu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri (KPPN) Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 118 unit aksesori telefon bimbit dirampas bernilai RM3,000.

“Pihak kami mendapat maklumat premis berkenaan menjual pelbagai aksesori telefon tiruan menggunakan jenama produk alat telekomunikasi terkenal.

“Hasil risikan yang kami lakukan, KPDNKK kemudiannya menyerbu dua premis berkenaan dan melakukan pemeriksaan. Kami mendapati 118 aksesori jenama tiruan di dua kedai itu,” katanya.

Beliau berkata, barangan dirampas bernilai RM3,000 itu kemudiannya dibawa pulang ke Pejabat KPDNKK WPKL untuk siasatan lanjut.

“Pada masa sama, pihak kami merakam percakapan empat pekerja premis membabitkan dua wanita dan dua lelaki masing-masing warga tempatan.

“Pihak kami mendapati semua produk itu diimport dari negara luar sebelum dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

“KPDNKK kini mengesan pemilik premis untuk membantu siasatan mengikut Akta Perihal Dagangan (APD) 2011,” katanya. – Harian Metro

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd