• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Bagasi Berisi Wang Lebih RM500,000 Belum Disahkan – Polis

oleh Mohd Arshad
24/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemilik Bagasi Berisi Wang Lebih RM500,000 Belum Disahkan – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Lebih sebulan berlalu, jawapan mengenai siapa pemilik bagasi merah jambu berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di Damansara, dekat sini, belum terjawab.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata sehingga kini pihaknya masih menunggu hasil laporan forensik untuk mengesan pemilik cap jari pada bagasi terbabit.

Setakat ini, katanya, pihak polis sudah memanggil 10 individu untuk dirakamkan percakapan termasuk pemilik syarikat teknologi maklumat yang mendakwa wang berkenaan miliknya.

“Jadi, kita masih menunggu keterangan lanjut (daripada individu lain) untuk saksi-saksi tampil untuk menunjukkan sumber daripada mana wang itu diperoleh.

“Mungkin memerlukan masa (sebelum putuskan wang itu milik siapa),” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi 20 Mac lalu, seorang pengawal keselamatan dilapor menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kereta pusat beli-belah terbabit, sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Susulan itu, polis meminta pemilik beg berkenaan tampil bersama bukti berkaitan bagi mengesahkan pemilikan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini mengesahkan seorang pengarah syarikat kayu balak tampil memberi keterangan selepas mendakwa bagasi itu miliknya.

Bagaimanapun, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod dan bukti mengatakan wang terbabit milik syarikatnya semasa keterangannya direkodkan.

-Berita Harian

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Tragedi Yang Amat Malang ‘ – Panglima ATM

Next Post

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post
SPRM Cekup Anak MB Perlis

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd