• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Cubaan Bunuh Polis, Pandu Berbahaya

oleh Mohd Arshad
15/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Tembak Di KLIA: Polis Rekod Keterangan 11 Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tiga pertuduhan membabitkan cubaan membunuh anggota polis serta dua lagi kesalahan trafik di Jempol pada minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh Muhamad Hasrulnizam Hasim, 21, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh cuba menyebabkan kematian ke atas seorang anggota polis lelaki selepas bertindak melarikan diri dari ditahan polis dengan cara menghimpit dan cuba melanggar motosikal yang dinaiki anggota terbabit sehingga terbabas.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 9 April lalu jam lebih kurang 12.30 hingga 1.15 tengah hari di Kilometer 5 Jalan Serting Tengah-Keratong di Jempol.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kesalahan trafik, pada tarikh sama jam 12.25 tengah hari di kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan di Jempol tertuduh telah memandu lori dalam keadaan melulu dan berbahaya iaitu dengan sengaja menghimpit sehingga hampir melanggar kenderaan polis dan mengundang bahaya kepada orang awam.

Sehubungan itu, dia telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen Akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM15,000, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu minimum lima tahun, lesen memandu percubaan dibatalkan serta kesalahan akan ‘diendors’ (dimasukkan) pada lesen memandu.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atas kesalahan memandu lori dengan tidak cermat terhadap pengguna jalan raya dan cuai telah melanggar sebuah motosikal.

Dia boleh dihukum denda sehingga RM10,000 dan boleh dihukum penjara 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM18,000 bagi kesemua pertuduhan dan dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan.

Mahkamah seterusnya menetapkan 6 Mei ini bagi pengurusan kes serta lantikan peguam.

SinarHarian-

Tags: Cubaan Bunuhpemandu loripolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Tembak Di KLIA: Polis Rekod Keterangan 11 Saksi

Next Post

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

Related Posts

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

14/05/2025
0

Teluk Intan: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat...

Nahas FRU: Pemandu lori Ada 6 Rekod Jenayah, Kebanyakan Berkaitan Dadah – Polis

Nahas FRU: Pemandu lori Ada 6 Rekod Jenayah, Kebanyakan Berkaitan Dadah – Polis

13/05/2025
0

TELUK INTAN: Pemandu lori yang terbabit kemalangan tragis sehingga meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), di sini, hari...

Next Post
Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Cubaan Bunuh Polis, Pandu Berbahaya

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd