• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

oleh Mohd Arshad
21/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para pelajar Malaysia susulan konflik Iran-Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.

Beliau berkata, MINDEF akan berbincang dengan Kementerian Luar dan mendapatkan maklumat berhubung perkembangan semasa situasi di Timur Tengah.

“Kalau ada keperluan permohonan bantuan, MINDEF akan berikan namun buat masa ini, MINDEF tidak menerima sebarang permohonan.

“Kami akan terus berkomunikasi dan bekerjasama termasuk dengan Kementerian Pendidikan Tinggi memandangkan pelajar yang terlibat adalah di bawah kementerian berkenaan,” katanya pada Program Jiwa Komuniti MADANI dan Majlis Sambutan Hari Raya MADANI di sini pada Ahad.

Jumaat lepas, Israel melancarkan serangan ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Tehran pada hujung minggu lepas.
Tel Aviv sebelum ini memberi amaran akan menyerang balas selepas Iran melancarkan 300 dron dan peluru berpandu ke arah Israel pada hujung minggu lepas namun kebanyakannya telah dipintas.

Serangan Tehran itu bagi membalas tindakan Israel mengebom konsulat Iran di Damsyik awal bulan ini.

Sementara itu, Adly ketika mengulas mengenai kebajikan veteran ATM berkata terdapat 212,000 ahli yang berpencen dan tidak berpencen di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran dan tidak timbul isu keciciran bantuan kepada mereka.

Beliau berkata, menerusi Sistem Vibes 2.0 yang mengemas kini data golongan veteran, pihaknya akan terus membantu mereka menerusi persatuan.

Adly berkata, sejumlah 27,000 daripada 41,000 veteran ATM tidak berpencen di seluruh negara menerima Bantuan Sara Hidup berjumlah RM300 sebulan berdasarkan paras garis kemiskinan pada kadar RM1,196.

Bernama-

Tags: ATMKementerian Pertahanankeselamatanpelajar Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Next Post

DBKL Usir, Sita 15 Penjaja Haram Warga Asing Sekitar Pasar Borong KL

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

Next Post
Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

DBKL Usir, Sita 15 Penjaja Haram Warga Asing Sekitar Pasar Borong KL

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd