Thursday, May 16, 2024

Creating liberating content

Mayat Budak Mangsa Culik...

KUALA LUMPUR - Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11...

Doa Muhyiddin Untuk Rakyat...

PUTRAJAYA - Bacaan doa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memohon...

Makin Ramai Mohon Jadi...

KUALA LUMPUR – Perkembangan positif permohonan keahlian UMNO yang meningkat setiap bulan dengan...

Padah Tunjuk Kemaluan, Beronani...

TINDAKAN seorang lelaki menunjukkan kemaluan dan melakukan onani di hadapan seorang gadis akhirnya...

Menteri KDN Tak Tahu Wujud Titah Tambahan Najib Jalani Penjara Di Rumah

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui beliau tidak melihat dan tidak mengetahui sebarang bahagian tambahan atau titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung kebenaran Datuk Seri Najib Razak menjalani baki pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Tidak, tidak (saya tidak melihat sebarang tambahan berkaitan Najib).

“Saya bukan ahli Lembaga Pengampunan. Saya juga tidak tahu,” katanya hari ini.

Beliau ditanya sama ada telah melihat titah tambahan berkenaan seperti yang didakwa peguam Najib, Tan Sri Shafie Abdullah.

Tambah beliau, pihaknya juga menafikan mempunyai pengetahuan mengenai bahagian tambahan atau titah adendum terbabit.

“Saya tiada maklumat berhubung dokumen tambahan, dia (Shafie) kata dia ada.

“Sebab itu saya kata, saya akan teliti sejauh mana ada ilmu kepada kita,” katanya.

Tambah Saifuddin, beliau sudah menerima surat daripada Shafie tetapi enggan mendedahkan kandungan surat itu.


“Apa yang disebut di mahkamah, itu lah kandungan suratnya yang saya terima.

“Saya juga mengikuti laporan berhubung adendum itu dan sudah tentu saya akan menjawab apabila tiba masanya mengenai perkara dalam pengetahuan kita.

“Itu sahaja yang boleh saya ulas. Saya boleh mengesahkan saya telah menerima surat itu, dan kini saya mengikuti melalui media,” katanya.

Semalam, Najib membuat dakwaan itu apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lalu, menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Dalam notis permohonan yang dimuat turun melalui sistem carian mahkamah, Najib memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori