• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Sindiket Pekerjaan Yang Diselamatkan Turut Disiasat

oleh AK-47
02/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mangsa Sindiket Pekerjaan Yang Diselamatkan Turut Disiasat
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya berperanan sebagai dalang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan tegas akan dikenakan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 sekiranya terdapat bukti bahawa mereka yang diselamatkan itu ialah dalang yang merekrut mangsa.

“Sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh didakwa dan dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda. Setakat hari ini, seramai empat warga Malaysia telah didakwa kerana disyaki menjadi dalang sindiket penipuan ini di Peru pada 2023,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead yang ingin mengetahui langkah diambil kerajaan bagi mengelakkan lebih ramai mangsa terbabit dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan lain-lain negara.

Mohamad berkata, tawaran gaji lumayan mencecah hingga USD2,000 (RM9,450), kemudahan lengkap, tambang penerbangan dan penginapan serta kebebasan berjudi secara pinjaman dikenal pasti antara punca rakyat Malaysia tertarik dengan tawaran pekerjaan luar negara.

“Rata-rata mangsa terdiri daripada mereka yang kurang berpendidikan, hidup susah dan mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

“Namun apabila mereka bekerja, mereka perlu mencapai sasaran ditentukan majikan dan jika gagal mencapai sasaran, mereka akan didenda seperti ditolak gaji, tidak diberi makan dan dipaksa bekerja lebih masa,” katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa prihatin dan memandang serius berhubung isu sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan membabitkan warga Malaysia dan pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras jenayah itu.

“Isu ini bersifat merentas pelbagai kementerian dan agensi kerajaan selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu (pendekatan) keseluruhan kerajaan.

“Kementerian juga bekerjasama erat dengan kementerian lain serta agensi berkaitan bagi membendung jenayah ini.

“Selain itu, banyak juga yang sudah kita laksanakan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terutama golongan muda melalui pelbagai aplikasi media seperti Youtube, Instagram serta video hebahan untuk kesedaran dan ia turut dikongsi media masa utama seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan TVS,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Sindiket PekerjaanTok Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuri perhatian netizen menerusi satu rakaman video di muat naik...

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN - Kesibukan jadual tidak menghalang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk turun padang menyantuni rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd