• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo Kasut Mirip Kalimah ALLAH: Enam Kedai Kasut Jenama Vern’s Di Kelantan Diperiksa

oleh Mohd Arshad
08/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Dua Rakan Didakwa Samun RM242,222, Guna Pisau Pemotong Kertas
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan memeriksa enam kedai kasut jenama Vern’s di negeri ini berhubung tulisan menyerupai kalimah ALLAH pada tapak kasut wanita.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ia melibatkan dua kedai di Kota Bharu dan masing-masing satu kedai di Kuala Krai, Kubang Kerian, Tanah Merah, dan Gua Musang.

“Pihak kami mengambil langkah proaktif bagi memastikan kasut jenama Vern’s yang mempunyai logo didakwa mirip kalimah ALLAH tidak terdapat di negeri ini.

“Bagaimanapun, pihak kami masih belum menerima laporan dan sedang menunggu hasil pemeriksaan yang dilakukan di kesemua kedai berkenaan,” katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Sebelum itu, beliau merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat 22/2024 Sempena Aidilfitri di hadapan Balai Polis Binjai, di sini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, polis membuka satu kertas siasatan berkaitan dakwaan jenama kasut memaparkan logo mirip kalimah ALLAH pada tapaknya yang tular di media sosial.

Susulan itu, pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, pihaknya sudah mengenalpasti identiti penulis berkait dakwaan berlaku kes pedofilia melibatkan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun berkata, wanita terbabit enggan membuat laporan berhubung kes tersebut.

“Walaupun tiada laporan rasmi dibuat, polis akan tetap siasat. Selain itu, siasatan kita turut menjurus kepada siapa yang dia (penulis) maksudkan itu.

“Dia (penulis) dapat tahu benda (kejadian) itu berlanjutan…dengan siapa, kita akan semak latar belakang. Kenapa dia berkata begitu, adakah dia bermasalah di sekolah,” ujar beliau.

Tambahnya, polis sudah memanggil ramai saksi untuk dirakam percakapan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kita nak tengok apa yang sebenarnya berlaku. Bila jadi begini ia akan jejaskan karier seseorang guru.

“Jadi jangan buat sebarang spekulasi,” katanya.

Sinar Harian pada 1 April melaporkan Muhamad Zaki memberi jaminan siasatan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru MRSM Tumpat selesai dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, seramai empat saksi telah dipanggil ketika ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

SinarHarian-

Tags: kalimah Allahkedai kasutlogo kasutVern's
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Rakan Didakwa Samun RM242,222, Guna Pisau Pemotong Kertas

Next Post

Sharifah Faraha, Abdul Azim Didakwa Kes Senjata Api Berkait Warga Israel

Related Posts

Orang Utan Jadikan Pokok Kelapa Sawit Sebagai Sarang, Makan Buah Sawit – Kajian

JAKIM Beri Peringatan Tegas Kepada Vern’s

08/04/2024
0

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi peringatan tegas kepada syarikat Vern's Holding Sdn Bhd (Vern's) yang mengeluarkan kasut tertera...

Isu Kalimah Allah Bakal Jadi Polemik Jika Gagal Diselesaikan Segera

Isu Kalimah Allah Bakal Jadi Polemik Jika Gagal Diselesaikan Segera

05/06/2023
0

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berasa gusar dengan isu penggunaan kalimah Allah kerana jika...

Next Post
Logo Kasut Mirip Kalimah ALLAH: Enam Kedai Kasut Jenama Vern’s Di Kelantan Diperiksa

Sharifah Faraha, Abdul Azim Didakwa Kes Senjata Api Berkait Warga Israel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd